October 8, 2009

Ebay : Pakcik menjadi sedikit sibuk

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca tr33gonometri, alkisahnya... sekembalinya pakcik dari bercuti, keadaan menjadi sedikit kelam kabut. Ada beberapa perkara yang pakcik terpaksa memberikan penumpuan khusus dan perkara tersebut ialah ebay. Sebelum tue pakcik rasa tidak terlambat rasanya untuk pakcik ucapkan selamat hari raya dan selamat kembali bertugas. Oleh kerana cuti yang panjang, maka pakcik tak sempat untuk menguruskan akaun ebay pakcik. Justeru kesempatan yang ada ini pakcik lupakan seketika blog dan memberikan fokus sepenuhnya pada ebay. Banyak perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu dengan ebay nie sebelum pakcik betol² bersedia untuk kembali ke tr33gonometri. Apa² pun sekarang nie keadaan dah kembali stabil, maka dapat lah pakcik kembali berblog. Terima kasih kepada mereka yang meng'sms' pakcik untuk bertanyakan blog tr33gonometri. SMS anda sebenarnya adalah tanda sokongan anda kepada tr33gonometri. Selamat berjumpa kembali dengan pelbagai topik yang bakal kita bincangkan bersama nanti.

September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kesempatan ini pakcik ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca tr33gonometri, maaf zahir dan batin jika sepanjang pakcik berkarya di sini ada terkasar bahasa, tersinggung hati dan perasaan. Kepada yang memandu, semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat. pandu cermat jiwa selamat, duit pun jimat.

September 14, 2009

Koleksi Pendrive Masa Kini

Zaman sekarang nie, semua benda semakin canggih, zaman pakcik muda² dulu nak sebiji komputer yang bersaiz 1Gb pun susah nak jumpa, tapi zaman sekarang nie, pendrive 4-5Gb bersepah² budak sekolah bawak dalam beg, kalau hilang pun diaorang tak sibuk nak cari kecuali kalau ada file penting dalam pendrive tue la...Kat bawah nia pakcik ada letak beberapa keping gambar bentuk pendrive yang sekarang nie ada di pasaran...agak unik dan menarik. Jom layan










September 10, 2009

Latest : AIH dan Cikgu Matematik

Semalam pakcik sekeluarga pergi buka puasa kat luar dengan kengkawan ofis makcik korang tue, jadi terpaksalah pakcik dan cikgu math AIH ikut sekali. Kalau tak tak berbuka lah pakcik nanti. Kat bawah nie adalah beberapa keping gambar AIH dengan Cikgu Math dia... gambar nie pakcik ambil sebelum, semasa dan selepas buka puasa di Big Mama, Kg Baru. Jom layan... rambut ala² punk gitu
Dah 8bulan pun masih terbeliak tengok flash kamera
Cikgu Math AIH buat candid
on the way balik umah...dah mengantuk sangat AIH tue

September 9, 2009

Semangat Yang Hilang

sekadar ilustrasi sahaja
Semalam pakcik pergi majlis berbuka puasa, tak sempat lak nak ambil gambar majlis tue...tengah tunggu abang kamera email gambar pada pakcik. Al kisahnya semalam, semua orang yang involved dengan projek UTM (skudai) telah di rewarded oleh CEO dan dapat duit raya gak sebagai ganjaran...berapa amaun pakcik tak sure lak. Mengikut cerita dari CEO projek UTM mengalami banyak masalah. Bermula dari awal² lagi projek tue dah tersilap dari segi kos, saiz team, system requirement dan ada beberapa lagi lah masalah yang pakcik tak dapat nak ingat. Ditambah lagi dengan ramai staff yang telah involved resigned apabila rasa stress. Dan mengikut perkiraannya company rugi lebih kurang RM2,000,000.00 . Dari peristiwa kelmarin, apabila tayar kereta pakcik meletop, dibawa ke semalam, bila masa kereta pakcik kene langgar dan seterusnya malam tadi, 1 ape pun pakcik tak dapat masa lucky draw makanya pada hari ini pakcik berazam untuk bekerja dengan bersungguh² dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin untuk mencuba agar semua TSS di bawah projek EGAG ini akan mendapat penghargaan dan insentif sama seperti apa yang budak² UTM dapat. Budin driver pun dapat gak tau...Ayuh...kita sama² melangkah demi mencapai target 1 tahun dari sekarang.

September 8, 2009

Buffet Ramadhan: Tenji Japanese

Alkisah...esok group makcik korang tue nak buat program, kononnya nak pegi buffet ramadhan. Budget RM10 seorang...yang menjadi masalah sekarang nie, budget RM10 tapi nak pergi buffet kat tempat yang "exclusive". Pakcik pun tak pasti ada tak hotel² yang buat buffet ramadhan RM10 kat area KL nie, tapi kalau kat Kelantan tue pernah gak la dengar, itu pun berbelas ringgit. Ermm...susah kalau macam nie, budget kecil tapi selera dahsyat. Jom tengok gambar kat atas, buffet ramadhan versi Jepun, rasa macam best jer kalau dapat pegi. Rasanya sekitar RM49++. Tapi tak tau la rasanya macam mana nanti, kalau yang memang kaki sushi mestilah ini peluang terbaik untuk merasa buffet ramadhan ala-ala jepun. Melantak lah korang kat sana sesuka hati. Jangan sampai tak boleh nak balik sendiri sudah lah...
.
Lupe lak nak bagitau lokasi :
Solaris, Mount Kiara
Selamat berbuka puasa dari
Packcik tr33gonometri

September 7, 2009

eSPKB : Penyelarasan Kredit dan Nota Diskaun

Hai semua, pakcik bukanlah nak memperbesarkan perkara nie...dulu pakcik pernah berkongsi berkenaan perkara nie pada beberapa orang dan oleh kerana perkara nie tidaklah begitu penting dan penggunaannya yang jarang digunkan menyebabkan tidak timbul isu berkenaan modul ini. Lebih kurang 4 tahun dahulu, pakcik digambarkan seolah² dua modul ini seperti pilihan yang diberikan oleh ptj sama ada untuk menggunakan penyelarasan kredit atau nota diskaun mengikut situasi pembayaran. Baru² nie ada timbul isu berkaitan 2 modul nie, ada yang mengatakan perlu menggunakan penyelarasan kredit dan ada yang mengatakan perlu menggunakan nota diskaun. Ada juga yang mengatakan..."pakai jer lah memana pun...janji payment release" Tapi pada pakcik, 2 modul ini sebenarnya bukanlah modul yang membolehkan ptj untuk membuat pilihan, tetapi kedua² modul ini adalah mandatori untuk 2 situasi yang berbeza. Pakcik percaya ramai orang tak dapat nak membezakan masa bila kita perlu pakai modul penyelarasan kredit dan masa bila kita perlu pakai nota diskaun. Modul² ini mempunyai fungsi bayaran yang berbeza bagi setiap satu. Untuk TSS yang kurang pasti, boleh la tanya Nas atau Masura atau sesiapa...mana tau diaorang dapat jawab perbezaan sebenar modul² nie, atau boleh hubungi pakcik dengan membawa pulut kuning 1 pinggan, ayam golek Parit Raja seekor, telur rebus ayam kampung 3biji dan 1jug air rebina+lemon. Nanti pakcik akan bongkar perbezaan 2 modul nie. Selamat membongkar dan selamat berpuasa.