October 8, 2009

Ebay : Pakcik menjadi sedikit sibuk

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca tr33gonometri, alkisahnya... sekembalinya pakcik dari bercuti, keadaan menjadi sedikit kelam kabut. Ada beberapa perkara yang pakcik terpaksa memberikan penumpuan khusus dan perkara tersebut ialah ebay. Sebelum tue pakcik rasa tidak terlambat rasanya untuk pakcik ucapkan selamat hari raya dan selamat kembali bertugas. Oleh kerana cuti yang panjang, maka pakcik tak sempat untuk menguruskan akaun ebay pakcik. Justeru kesempatan yang ada ini pakcik lupakan seketika blog dan memberikan fokus sepenuhnya pada ebay. Banyak perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu dengan ebay nie sebelum pakcik betol² bersedia untuk kembali ke tr33gonometri. Apa² pun sekarang nie keadaan dah kembali stabil, maka dapat lah pakcik kembali berblog. Terima kasih kepada mereka yang meng'sms' pakcik untuk bertanyakan blog tr33gonometri. SMS anda sebenarnya adalah tanda sokongan anda kepada tr33gonometri. Selamat berjumpa kembali dengan pelbagai topik yang bakal kita bincangkan bersama nanti.

0 comments: